Ahli Parlimen Tampin P135 YB Dr Hasan Bahrom sila buang orang-orang UMNO segara dalam organisasi YB. Kami dah buang UMNO yang nak kutip sampah-sampah UMNO ni balik apa masalah??
Jangan sampai kami terus menerus menyerang kepimpinan YB dan alasan YB tidak tahu adalah alasan dangkal yang tidak masuk akal.
Jangan YB terlupa, bekas Ahli Parlimen Tampin lama yang telah ditolak rakyat pada PRU14 dulu disebabkan tidak cakna dan ambil tahu masalah rakyat dan urustadbir yang lemah serta salah lapor dan di selindungi oleh pegawai-pegawainya.
Jangan bila nak dekat PRU15 nanti baru YB terhegeh-hegeh turun padang nak ambil tahu segala masalah!
Tak guna nampak hebat di Dewan Parlimen tetapi tempat sendiri kelam kabut dan tidak terjaga.
Source | https://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2018/11/ahli-parlimen-tampin-sila-singkirkan.html
Most View Article This Month !