3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL Memang seronok berjalan ke tempat orang.Lagi-lagi kalau tempat yang berbeza budaya dan adat. Kita boleh belajar dan melihat banyak perkara baru dan memberi pengalaman berbeza pada kita.
Selalunya tempat-tempat macam ni memang banyak aktiviti untuk kita join.
Tapi perjalanan kita mungkin jadi tak best bila ada perkara dan benda yang kita terlupa nak bawa. Masa packing barang tak terfikir pun nak bawak tapi bila dah sampai dan terjadi sesuatu terus rasa.." ala..lupa nak bawa benda tu.."
Kan?? Pernah tak jadi macam tu?\
Selalunya ada 3 benda yang kita selalu lupa bawa. Bila dah sampai baru teringat benda tu penting dan perlu untuk dibawa.
1- Sunscreen
Mungkin bagi sesetengah orang rasa kalau pergi ke tempat-tempat macam pantai atau negara yang panas saja yang perlu guna sunscreen atau pelindung matahari. Tapi sebenarnya apa yang lebih baik ialah kita gunakan sunscreen setiap kali keluar tak kira la kita ke mana sahaja.
Untuk mereka yang travel, kadang2 kita tak tahu keadaaan satu-satu tempat tu.Tiba-tiba sahaja cuaca boleh berubah.
Masa ni baru kita sedar betapa pentingnya sunscreen. Sunscreeen digunakan untuk melindungi kulit kita dari terjadinya kesan berbelang hitam atau jelaga yang boleh menggaanggu penampilan kita dan boleh menjejaskan kesihatan kulit
2- Extra Bag
Biasala, bila dah berjalan-jalan ni mustahil kita nak pulang dengan tangan kosong kecuali kita ada prinsip dan bajet yang terhad. Tapi agak rugi bila kita tak membeli beberapa barangan yang boleh menjadi kenang- kenangan.
Lagi best bila tempat yang kita pergi tu barang-barangnya lebih murah dan bila kita terlalu leka membeli sampai terlupa nak balik nanti tak de bag nak isi.
Adalah lebih baik jika kita sediakan 1 bag lebih atau extra bag untuk memudahkan kita nanti membawa pulang barang-barang yang dibeli.
3- Kit Pertolongan Cemas
Kemalangan sukar dijangka. Orang kata malang tak berbau. Sedangkan berada di dalam rumah sendiri pun kita boleh tercedera . Apatah lagi jika sedang travel.
Tak mustahil dalam perjalanan mungkin akan berlaku kemalangan dan anda tercedera. Waktu ini lah kit pertolongan cemas sangat diperlukan. Anda tak perlu membawa kit pertolongan yang besar .
Cukup dengan membawa kain balutan dan pain relieving patch.
Source | https://www.dianarashid.com/2018/11/3-benda-yang-selalu-kita-lupa-bawa.html
Most View Article This Month !