Trailer Rasmi Filem ‘Polis Evo 2’ Lebih Mendebarkan

Setelah kejayaan filem Polis Evo mencatat kutipan filem sebanyak RM17.8 juta pada tahun 2015, kini Polis Evo 2 bakal menemui peminat pada 22 November ini.

Filem yang masih meletakkan Shaheizy Sam dan Zizan sebagai pelakon utama, dilihat sedia memberikan aksi komedi terbaru dalam plot penceritaan yang lebih mendebarkan.

Sedikit sinopsis mengenai filem ini:

Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut.

Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut.

Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.



Source | https://ohsempoi.com/trailer-rasmi-filem-polis-evo-2-lebih-mendebarkan/

Most View Article This Month !