Kerajaan Malaysia buat masa ini tidak bercadang menjadikan perlakuan rogol dalam perkahwinan sebagai suatu kesalahan kerana ia amat sukar untuk dibuktikan di mahkamah.
![]() |
| GAMBAR hiasan |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, sekiranya kes berkaitan rogol dalam perkahwinan dibawa ke mahkamah, pesalah lebih cenderung untuk dilepaskan berbanding disabitkan dengan kesalahan tersebut.
![]() |
| Mohamed Hanipa Maidin |
Hanipa berkata demikian ketika menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai pendirian kerajaan berkenaan rogol dalam perkahwinan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring
Source | http://www.sayakata.com/2018/10/tiada-istilah-rogol-dalam-perkahwinan.html
Most View Article This Month !




