Netizen Malaysia Mengamuk Sakan Dengan Vlogger Singapore Kerana Rosmah Mansor.

Tidak dinafikan, rakyat Malaysia masih belum bersatu sepenuhnya. Erti kata lain, masih berlaku isu ‘racist’ yang mengguris hati insan lain. Namun, rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan semangat ‘patriotik’ di alam maya.

Terbaru, netizen Malaysia mengamuk sakan di internet gara-gara Vlogger terkenal Singapure, Xiaxue mengenakan solekan seiras Rosmah Mansor, bekas isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sempena Halloween.

Netizen bukan takat memaki hamun, mereka turut mengugut untuk menyimbah asid ke muka Xiaxue kerana mempermainkan bekas isteri MO1 yang mereka sayangi.

Ada juga netizen Malaysia yang memetik laman Instagram PDRM dan Interpol supaya menangkap dan mendakwa Xiaxue kerana tindakan yang tidak beradab ini.

Sementara netizen lain hanya memeriahkan lagi ruangan komen di muatnaik itu.

Xiaxue turun memaklumkan akan memuatnaikkan video tutorial bagaimana dia mengenakan solekan sehingga menyerupai Rosmah Mansor dengan berpakaian seragam penjara.

Atas permintaan ramai, Xiaxue memuatnaik video tutorial tersebut. Ibarat menyimbah petrol ke api. Netizen makin ‘panas’ dengan tindakan kurang ajar xiaxue, namun tetap mempertahankan tindakannya.

Mungkinkah Xiaxue mempunyai sejarah silam dan seram dengan Rosmah Mansor?

 



Source | https://ohsempoi.com/netizen-malaysia-mengamuk-sakan-dengan-vlogger-singapore-kerana-rosmah-mansor/

Most View Article This Month !