Najib dan Irwan Serigar tiba di mahkamah bagi menghadapi sekurang-kurangnya 6 pertuduhan

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 8.10 pagi tadi dengan memakai baju sut lengkap berwarna biru gelap.

Beliau tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex berwarna hitam dan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib

Sepuluh minit kemudian, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kompleks yang sama dengan memakai sut lengkap berwarna kelabu dan menaiki kenderaan Proton Perdana.


Kedua-dua mereka diarahkan hadir ke mahkamah bagi menghadapi sekurang-kurangnya enam pertuduhan kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan. 

Irwan

Mohd. Irwan dan Najib dijangkakan akan dituduh secara bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah dipercayai berkaitan kes pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MBD) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Semalam, Mohd. Irwan dan Najib hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan terhadap mereka. Irwan kemudiannya ditahan oleh SPRM.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/10/najib-dan-irwan-serigar-tiba-di.html

Most View Article This Month !