Kisah kondom bocor. Apakah faktor yang menyebabkan kondom bocor?

Menurut saranan WHO, tahap kesihatan wanita yang sesuai untuk kembali hamil adalah setelah 2 tahun melahirkan anak. Ini kerana setelah menjarakkan kehamilan selama 2 tahun, luka bersalin atau pembedahan telah sembuh sepenuhnya.

Oleh itu, kita digalakkan merancang kehamilan agar berada dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal. Terdapat banyak cara untuk merancang kehamilan antaranya menggunakan kondom.

Namun diingatkan bahawa kehamilan masih boleh berlaku sekiranya kondom yang digunakan bocor atau terkoyak.

Dr. Khairul Faizie Mohamad Kamar yang popular kerana sering berkongsi info perubatan melalui akaun facebooknya ada bercerita tentang kisah pasangan suami isteri yang risau berlaku kehamilan akibat kondom yang digunakan bocor.

Pagi Isnin ni, di samping sibuk melayani peminat setia yang mintak autograf, aku di datangi satu kes yang menarik, yang mana aku nak tulis supaya boleh jadi iktibar buat kita semua.

Kisahnya begini..
Sepasang suami isteri datang berjumpa, menyatakan kerisauan mereka. Mereka baru sahaja dapat baby, dan usia baby 10 bulan. Baby menyusu badan secara eksklusif ( exclusive breastfeeding). Malam semalam, mereka telah bersama. Oleh kerana baby baru 10 bulan, mereka merancang keluarga, dengan cara si suami memakai condom.

Yang menjadi kerisauan mereka, ialah apabila selesai hubungan, mereka dapati condom yg dipakai suami itu bocor. Mereka belum bersedia nak ada anak lagi. Maka si isteri bertanya, adakah boleh dia ambil pil Postinor? Dia risau kesan Postinor ke atas baby nya.

Adakah selamat ambil pil Postinor?
Jawapan nya, selamat. Pil Postinor selamat digunakan utk ibu yang sedang breastfeeding. Ia juga tidak beri kesan kepada kualiti & kuantiti susu badan. Pil Postinor itu juga tidak akan beri kesan kepada janin yg sudah terbentuk ( sekiranya di ambil tanpa pengetahuan bahawa sudah mengandung).

Kenapa condom boleh koyak / bocor?
Banyak faktor yang menyebabkan condom boleh koyak atau bocor.

1- Condom dah expired.

2- Cara menyimpan tak betul. Jangan simpan dalam wallet. Jangan simpan di tempat yang kena direct heat / sinar matahari, sebab ia akan mengeringkan condom dan ia mudah merekah/koyak.

3- Guna lubricant yang tidak sesuai seperti oil based ( Vaselin). Gunakan water based lubricant.

4- Ada ” air bubble ” dalam condom. Air bubble ini berpotensi menjadi pressure point semasa aktiviti dijalankan, dan bila pressure meningkat, getah condom boleh koyak. So masa pakai condom, pastikan takde air bubble.

5- Condom terlalu ketat

6- Salah cara buka condom dari packaging. Contohnya guna gunting, pisau atau gigi. Getah condom mungkin terkoyak halus tanpa kita sedar.

7- Kawasan sekitar vagina yg baru di cukur.
Bulu2 yg baru tumbuh di situ selalunya agak tajam/ kasar..so ia berisiko membocorkan condom sekiranya tergesel.



Source | https://ohsempoi.com/kisah-kondom-bocor-apakah-faktor-yang-menyebabkan-kondom-bocor/

Most View Article This Month !