Kenapa Menteri Agama Asyik Bercakap Mengenai LGBT? Tiada Perkara Lain Yang Lebih Penting Tentang Islam?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri saya ulang Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.berkata rekod JAKIM mempunyai pelbagai kategori termasuk kelompok yang tidak melakukan perbuatan songsang. Kata beliau, baca di sini,
Bilangan itu kena huraikan lagi. Ada mereka yang ada keinginan tetapi tidak semestinya mereka buat. Kita jangan ambil secara pukul rata dengan kata semuanya buat salah. Ada yang mempunyai keinginan jadi kita tangani dari awal. Ada yang terlibat, sedar ia tidak betul dan balik semula.
Definisi GAY adalah lelaki yang beminat dengan lelaki dan melakukan hubungan seks sejenis. Kalau lelaki tidak melakukan hubungan sejenis dengan lelaki, kenapa digelar GAY? Bagaimana Menteri Agama boleh mentafsirkan bukan semua GAY terlibat hubungan songsang?

Ianya mungkin tidak sama dengan definisi pondan atau maknyah. Golongan ini adalah seseorang lelaki yang mengubah fizikal dari lelaki kepada perempuan dan mungkin golongan ini tidak terlibat dengan hubungan seks sama ada lelaki atau perempuan.

Menteri Agama tidak ada perkara lain nak masuk berita kecuali LGBT? Apakah tidak ada perkara lain yang perlu Umat Islam fikirkan selain daripada golongan LGBT ini?


Source | http://khairulryezal.blogspot.com/2018/10/kenapa-menteri-agama-asyik-bercakap.html

Most View Article This Month !