[KEMASKINI] 24 mayat ditemukan, bangkai kapal masih gagal dikesan

OPERASI mencari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam Laut Jawa dekat pesisir pantai Pakis Jaya, Karawang, Jawa Barat semalam masih gagal ditemui setakat pukul 9 pagi tadi.

Barangan mangsa

Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Bambang Suryo Aji berkata, sebanyak 19 kapal dan tiga helikopter terlibat dalam operasi itu.


"Setakat pagi ini sebanyak 24 mayat telah ditemukan, selain serpihan-serpihan dipercayai milik pesawat serta barang-barang milik penumpang," katanya.

Difahamkan, semua mayat yang ditemukan itu dalam keadaan tidak sempurna dan telah dihantar ke hospital untuk proses mengenal pasti identiti dan Basarnas beranggapan semua penumpang dan anak kapal pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan.

Presiden Indonesia Joko Widodo semalam telah mengarahkan operasi mencari pesawat itu dilakukan selama 24 jam sehari.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring


Source | http://www.sayakata.com/2018/10/kemaskini-24-mayat-ditemukan-bangkai.html

Most View Article This Month !