SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan terbunuh manakala dua kakak dan abangnya parah dipercayai dikelar ibunya yang kemurungan di sebuah kuarters di Pulau Mantanani, Kota Belud semalam.
Lokasi kejadian |
Difahamkan, selepas mengelar anak-anaknya, suspek berusia 30 tahun yang merupakan ibu kandung cuba membunuh diri dengan mencederakan lehernya tetapi, gagal kerana dihalang oleh suaminya.
Menurut sumber, semasa pasukan polis sedang menjalankan Rondaan Jalan Kaki berhampiran kuaters terbabit pada pukul 1.40 petang, mereka dihampiri suami kepada suspek dalam keadaan berlumuran darah.
Berikut merupakan laporan awal kejadian pembunuhan berkenaan;
*Assalam & Salam Sejahtera..*
*YDH Komander BGS Sabah*
*YDH Tn Timb.Komander BGD Sabah*
*Tuan-Tuan..*
*Makluman Awal Kes Menarik Perhatian - Bunuh Di Pulau Mantanani, Kota Belud*
Keterangan Laporan:
Pada 18.10.2018 jam lebih 1340hrs semasa Insp.Chee (Ketua Pos PLNTEK Mantanani), dan 5 anggota sedang laksana Ronda Jalan Kaki berhampiran Rasa Sayang Resort, telah datang penama Yohanes Kolin (L) 54Thn B/Timor, K/Dugong Beasch Resort, No.Pasaport: AK491800 dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan sambil maklum bahawa anak-anaknya telah ditetak di Kuarters Dugong Beach Resort.
Lalu Insp. Chee dan anggota telah ke tempat kejadian bersama mangsa dan mendapati bahawa penama Rimah Binti Jimmy (P) 30Thn, B/Bajau Ubian, isteri kepada penama Yohanes Kolin tadi telah mengelar leher 4 orang anaknya menggunakan pisau.
Seorang bayi lelaki berumur lebih kurang 8 bulan meninggal di tempat kejadian. Manakala dua kanak-kanak lagi seorang lelaki dan seorang perempuan berumur di bawah 12 tahun cedera parah.
Saspek yang juga merupakan ibu kepada kepada ketiga-tiga anak tersebut juga bertindak mengelar lehernya sendiri bagi tujuan membunuh diri.
Hasil temuduga mendapati bahawa punca kejadian adalah saspek mengalami kemurungan.
Butiran mangsa:
▶ Yohanes Kolin (L) U/54Thn, B/Timor (Bapa / Suami Saspek)
▶ Nurul Hanisa (P) U/8Thn (Anak Sulung)
▶ Melati (P) U/7Thn (Anak kedua)
▶ Jehan (L) U/5Thn (Anak ketiga)
▶ Jerry (L) U/8 Bulan (Anak bongsu - meninggal dunia di tempat kejadian)
Butiran Saspek:
▶ Rimah Binti Jimmy (P) 30an, B/Bajau Ubian (Isteri / Ibu kepada mangsa-mangsa)
Tindakan awal:
▶ PP Komtek telah maklumkan kejadian pada RO JSJ IPD K.Belud, Insp.Azhani Amat Khairi untuk siasatan lanjut.
▶ Pihak Forensik JSJ IPK Sabah (Insp. Berry) telah diberi makluman awal berkenaan kejadian agar siap sedia untuk digerakkan.
▶ Kesemua mangsa dan saspek telah dihantar ke Jeti Rampayan, K.Belud untuk dikejarkan ke Hospital menggunakan Bot pelancong Dugong Beach Resort, dan selamat tiba di Hospital K.Belud pada jam 1530hrs.
▶ Ketua Pos dan anggota sedang mengawal tempat kejadian berserta barang kes dan mayat, sehingga KBSJD dan Pasukan JSJ IPD K.Belud tiba (Team JSJ bergerak dari Jeti Rampayan pada jam 1600Hrs).
Tindakan yang akan diambil:
▶ Laporan polis akan dijana di Balai Polis K.Belud sejurus setelah selesai penyiasatan di tempat kejadian oleh JSJ IPD K.Belud.
➡ Disertakan gambar tempat kejadian untuk perhatian YDH Tuan. Laporan lanjut akan menyusul kemudian.
Rumah pekerja |
Rumah suspek & mangsa |
Terkorban |
Cedera |
Cedera |
Suspek dirawat |
Suami suspek |
Suspek |
Suspek |
Suspek ditahan polis |
Pisau pembunuhan |
*Sekian untuk makluman awal YDH Tuan, terima kasih*
*ASP. Abdul Mukhtalif Bin Abu Bakar*
*PP Komtek Alfa Kudat.*
Siasatan lanjut berhubung insiden ini masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring
Source | http://www.sayakata.com/2018/10/gambar-ibu-sembelih-anak-sendiri-dan.html
Most View Article This Month !