10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial

Ramai yang ada akaun media sosial. Antara media sosial yang paling mendapat sambutan di Malaysia adalah Facebook, Instagram dan Twitter.

Sambutan kepada akaun media sosial ini pun bergantung kepada peringkat umur penggunanya. Jika yang lebih berumur, mereka lebih cenderung aktif di Facebook dan twitter. Trend ini agak berbeza dengan pengguna yang berada di peringkat remaja. Mereka lebih memilih Instagram berbanding media sosial yang lain. Ada juga yang mencuba media sosial baru seperti Tik Tok.

Di media sosial kita boleh kenal peribadi seseorang melalui status yang dimuatnaik merea. Ada status yang matang dan ada yang tidak. Macamana nak kenal tanda samada anda sudah matang dalam menggunakan media sosial?

Suka kami memetik status pengamal media sosial yang juga boleh dianggap influencer kerana statusnya yang berpengaruh dan mempunyai pengikut yang ramai. Beliau yang kami maksudkan Adalah Khairul Hakimin Muhammmad.

Kepakaran beliau dalam mengendalikan media sosial menjadikan beliau individu yang dijadikan rujukan di arena media sosial.

10 tanda anda sudah matang dalam menggunakan nedia sosial

1. Hanya memuat naik perkara yang perlu sahaja. Hal peribadi, kejayaan atau kesedihan yang tidak mempunyai apa-apa impak kepada pembaca lain, tidak dimuat naik kepada umum.

2. Bermain media social hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Masih boleh berinteraksi dengan baik bersama kawan-kawan dan keluarga.

3. Pilih bahan bacaan yang betul dan tepat. Tidak sesekali mengikut rentak orang lain dengan mengetahui hal viral yang tidak penting, tidak perlu dan membuang masa.

4. Hanya tekan share apabila perkara itu sahih, memberi impak positif dan untuk menyebarkan kebaikan sahaja. Selain dari itu, abaikan.

5. Banyak memberi peluang kepada diri untuk siasat terlebih dahulu mana-mana berita sebelum copy dan paste di medan lain seperti Whatsapp dan sebagainya. Tak perlu jadi hero untuk sentiasa kekal nombor 1 dalam menyampaikan berita. Tak ada siapa nak anugerahkan perkara itu.

6. Menghormati perbezaan apabila ada perbincangan. Sekiranya dikecam kerana berbuat salah dan silap, tak perlu bertahan untuk sombong, boleh sahaja memohon maaf dan teruskan bermain media social seperti biasa.

7. Tidak mengecam orang lain sekiranya dia berbuat salah dan silap. Tegur dengan baik dan lebih baik secara PM tepi.

8. Tak perlu paksa orang untuk menerima pendapat atau cadangan kita. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kita utarakan, berlapang dada untuk terima.

9. Menghormati tuan punya posting tanpa perlu copy paste. Sekiranya mahu kongsi, klik butang share. Copy dan kemudian letak kredit di medan sama (Facebook) tetap tidak ada integrity. Jika paste di web, blog, whatsapp dan medan lain, ia ok.

10. Sesekali, enjoy sahaja bermain media social. Banyakkan buat posting kebahagiaan, hentikan kecam sana kecam sini. Tulis benda baik, kongsi perkara yang kita suka buat dan sentiasa kemaskini kebaikan, ia akan kembali semula kepada kita. Audien kita adalah apa yang kita muat naik.

~ Khairul Hakimin Muhammad, Ulang Tahun ke-10 bermain Facebook.



Source | https://ohsempoi.com/10-tanda-anda-sudah-matang-bermain-media-sosial/

Most View Article This Month !